Latar Belakang

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Inisiatif KIK bermula pada tahun 80an, di mana kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan kreativiti, reka cipta dan inovasi di tempat kerja. Justeru, kerajaan menyarankan penubuhan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi.


KMK bertujuan menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Selain mewujudkan kumpulan berkenaan, setiap penemuan dan reka cipta akan dipertandingkan di peringkat jabatan masing-masing, dan seterusnya ke peringkat pusat. 


Untuk memberi fokus kepada KMK, kerajaan telah menukar namanya kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Konvensyen KIK menyediakan pentas untuk ahli-ahli KIK mengemukakan idea dan melaksanakan reka cipta di jabatan masing-masing. Penemuan ini akan dipertandingkan pula di peringkat pusat.


Tujuan pertandingan itu bagi membolehkan setiap penemuan dapat dikongsi dengan agensi kerajaan yang lain. Langkah ini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.


Objektif

KIK adalah untuk menambahbaik , meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:



Sumber : Garis Panduan Pelaksanaan KIK di UiTM


Sila klik untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai KIK UiTM: