Kriteria
Penilaian Projek
Berikut adalah enam (6) kriteria yang telah ditetapkan untuk penilaian projek Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti PPII:
1. Pengenalan
(Markah 5)
Latar belakang jabatan /bahagian, kumpulan dan pemilihan kumpulan diterangkan .
Kumpulan menjelaskan bukti penyertaan, pemilihan dan penglibatan ahli kumpulan serta perancangan projek dengan berkesan .
2. Pemilihan dan Sasaran Projek
(Markah 20)
Kumpulan menerangkan dengan jelas projek yang dipilih berkaitan dengan:
a. Fungsi organisasi
b. Kehendak pelanggan
c. Piawai pemegang taruh
d. Keadaan dan ekosistem semasa
e. QCDSM (Quality, Cost, Delivery, Safety, Morale)
Projek yang dipilih dan terminologi yang diguna didefinisikan dengan jelas.
Kumpulan menyatakan prestasi proses semasa dan penetapan sasaran projek diterangkan berasaskan data/maklumat penanda arasan.
Jangkaan outcome/impak penyelesaian projek terhadap organisasi, pelanggan dan pemegang taruh dinyatakan.
3. Analisis Peluang Penambahbaikan
(Markah 30)
Peluang penambahbaikan dikenalpasti berasaskan data/ maklumat yang dikumpul melalui pelbagai kaedah alat yang sesuai .
Analisis dan penilaian penyebab dilaksana untuk mengenalpasti penyebab sebenar menggunakan alat yang sesuai .
Verifikasi dan validasi penyebab sebenar atau peluang penambahbaikan yang dipilih dilaksanakan menggunakan alat/kaedah yang sesuai.
4. Cadangan Kreatif dan Inovatif serta Perlaksanaan
(Markah 20)
Kumpulan mengenalpasti dan menilai untuk memilih pelbagai potensi cadangan/tindakan penyelesaian yang kreatif dan inovatif.
Tindakan penyelesaian dirancang dan dilaksanakan secara berkesan.
Pelaksanaan jangkaan ujicuba tindakan penyelesaian dan jangkaan pencapaiannya diterangkan secara terperinci.
5. Jangkaan Keberhasilan Projek
(Markah 15)
Jangkaan keberhasilan projek dipadankan dengan sasaran dan diperincikan.
Jangkaan kos projek jika dilaksanakan diperincikan.
Jangkaan Outcome projek (jangka pendek) dan Nilai Tambah (valued added) diperincikan .
Jangkaan potensi projek diperluaskan diperincikan.
6. Persembahan
(Markah 10)
Persembahan yang kemas :
a. Slaid pembentangan yang jelas.
b. Turutan slaid yang logikal.
c. Penceritaan QC Story yang jelas dan baik
d. Menepati masa yang diperuntukkan.
e. Penampilan kumpulan.
Persembahan yang jelas :
a. Intonasi suara.
b. Hubungan mata dan bahasa tubuh.
c. Penggunaan alatan persembahan yang berkesan.
d. Kelancaran persembahan.
e. Kefasihan Q&A.