Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti PPII

Pembudayaan Inovasi dan Kreativiti adalah pemacu dalam kecemerlangan sesebuah Organisasi. Maka dengan mandat yang telah diberikan oleh Pengurusan Tertinggi Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur(PPII)  kepada Jawatankuasa Kumpulan Kreatif & Inovatif(KIK) PPII telah melancarkan Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti PPII. Strategi pembudayaan inovasi dan kreativiti berterusan ini telah mampu memberi impak positive. Antaranya:


Penyelesaian sesuatu masalah berdasarkan proses KIK dapat menjadi amalan terbaik dalam rutin dan operasi jabatan.

Pengenalpastian masalah diperolehi pada hujung tahun melalui platform mesyuarat dan penilaian pencapaian jabatan.

Isu-isu yang dibangkitkan didalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan(MKSP) juga boleh dijadikan sebagai asas untuk menghasilkan inovasi baharu.

Pilihan isu untuk diselesaikan menggunakan pendekatan KIK ditentukan oleh Pihak Pengurusan.


Melalui strategi di atas, diharapkan KIK dapat menjadi amalan dan budaya kerja warga PPII dan seterusnya lebih bersedia untuk menyertai mana-mana konvensyen atau pertandingan inovasi pada masa hadapan.