Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti 

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur

Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti 2021

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur

8 - 9 Disember 2021

Anjung Sri Budiman (Dewan Annex)

Universiti Teknologi MARA


Selaras dengan usaha kerajaan, UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan universiti khususnya kepada pelanggan. Justeru, penganjuran Konvensyen Inovasi & Kreativiti Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur menjadi acara untuk memperkenalkan inovasi baru bagi membolehkan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan oleh UiTM dan khususnya PPII secara berterusan.


Mesyuarat Pengurusan PPII pada 20 Ogos 2021 telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program KIK bagi tahun 2021. Selaras dengan itu, tarikh Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti 2021 telah diputuskan akan berlangsung pada 8 dan 9 Disember 2021. 


Sebagai permulaan dalam pembudayaan kerja berasaskan KIK ini, pihak Jawatankuasa KIK PPII telah menyusun strategi dan mengesyorkan format penyertaan konvensyen yang  lebih mudah. Jawatankuasa juga  mengambil kira pandangan TNC (Pembangunan),  YBhg. Prof. Dato'  Ir. Ts. Dr. Mohd. Fozi Ali dimana beliau mencadangkan supaya penyertaan mini konvensyen ini adalah berdasarkan cadangan penyelesaian kepada masalah-masalah sedia ada yang wujud di peringkat bahagian.


Objektif utama program ini adalah untuk:


Siapa yang patut hadir:


Nota: Jam latihan akan diberikan kepada para peserta dan jemputan yang hadir penuh untuk sesi persembahan projek inovasi pada 8 dan 9 Disember 2021