Anugerah KIK Zon Tengah 2022

Anugerah Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah

7 September 2022

Alhamdulillah, segala puji milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Selawat dan Kesejahteraan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Demikian jua ke atas ahli keluarga dan sahabat baginda, seterusnya ke atas para Tabiin dan para Ulama, semoga memperoleh Ihsan sehingga ke Hari Kebangkitan.

Dikesempatan ini kami barisan Ahli Jawatankuasa Induk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PPII ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan PROSERVE dari PPII yang berjaya mendapat Johan Peringkat Akhir Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah 2022. Dengan Kemenangan ini melayakkan Kumpulan Proserve untuk mewakili Zon Tengah ke Pertandingan KIK Peringkat UiTM.

Jutaan Tahniah juga diucapkan kepada kumpulan-kumpulan KIK PPII yang bertanding di Konvensyen KIK Zon Tengah 2022 pada tahun ini. Setiap kumpulan telah memberikan persembahan yang terbaik dan memperoleh kejayaan. Tahniah Diucapkan kepada semua.

Senarai Anugerah yang diperolehi:

Johan : Kumpulan Proserve

Anugerah Emas : Kumpulan Proserve

Anugerah Emas : Kumpulan The Bees

Anugerah Emas : Kumpulan The Infinity

Anugerah Primer KIK Terbaik Inovasi Social : Kumpulan The Bees

Anugerah Primer KIK Terbaik Inovasi Social (Penciptaan) : Kumpulan The Bees

Anugerah Fasilitator Terbaik : Kumpulan Proserve

Anugerah Penyampai Wanita Terbaik : Kumpulan Proserve



"success is not given it is earned"