KIK Zon Tengah 2022

5 -7 September 2022

Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM telah berlangsung pada 5-7 September 2022 secara atas talian. Fakulti Sains Gunaan telah menjadi tuan rumah bagi konvensyen kali ini. Terdapat 15 kumpulan yang bertanding. Pejabat Penbangunan Infrastruktur & Infostruktur(PPII) telah menghantar 3 kumpulan ke Konvensyen KIK Zon Tengah 2022 iaitu Kumpulan Proserve, Kumpulan The Bees dan Kumpulan The Infinity.

Setiap kumpulan telah memberikan persembahan yang terbaik pada Kovensyen KIK Peringkat Zon Tengah ini. Hari pertama Konvensyen berlangsung telah membawa kepada sesi Pembentangan dari kumpulan Proserve dan Kumpulan The Bees. Manakala Kumpulan The Infinity membuat pembetangan pada hari kedua Konvensyen KIK Zon Tengah diadakan. Ketiga-tiga kumpulan ini dapat melepasi sesi pembentangan dengan jayanya.

"Challengess and Problems are the fuel of success"