Taklimat Pertandingan KIK Zon Tengah untuk Kumpulan KIK PPII

28 Jun 2022 | Selasa

2.30 petang - Google Meet


Jawatankuasa KIK PPII telah mengadakan satu sesi taklimat secara online kepada Ketua dan

wakil kumpulan yang telah memasuki pertandingan Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti

PPII 2021. Taklimat ini telah diberikan oleh Ketua Jawatankuasa KIK PPII, Sr Mohd Hanafi

Moghni dan dibantu oleh Pakar Rujuk KIK PPII, Tuan Hj. Ir. Anuar Hashim dan En.

Muhammad Faizal Ismail.


Taklimat ini diadakan untuk menerangkan berkenaan penyertaan kumpulan KIK PPII ke

Pertandingan KIK Zon Tengah yang akan diadakan pada 5- 7 September 2022.

Bahagian Transformasi Universiti (BTU) telah menetapkan KPI berikut sebagai KPI Universiti,

dimana setiap fakulti/bahagian perlu menubuhkan sekurang-kurangnya satu kumpulan KIK

dan setiap kampus sekurangnya dua kumpulan dan mendaftar di SPKIK dan menyertai

mana-mana Konvensyen KIK yang diadakan.


Selaras dengan penetapan tersebut, Jawatankuasa KIK PPII telah mencadangkan agar tiga

(3) pemenang utama dengan penarafan Emas di Mini Konvensyen KIK PPII 2021 diwajibkan

untuk menyertai pertandingan KIK Zon Tengah. Kumpulan tersebut ialah Proserve, The Bess

dan Smart Synergy. Walaubagaimanapun kumpulan lain yang memperolehi penarafan Perak

digalakkan untuk mendaftar dan seterusnya menyertai pertandingan tersebut.

Pihak InQA telah menetapkan saringan penilaian projek KIK akan diadakan dan 15 kumpulan

yang disenarai pendek sahaja yang akan membuat pembentangan semasa Konvensyen Zon

Tengah manakala tuan rumah pertandingan pada tahun ini ialah Fakulti Sains Gunaan.

Di dalam taklimat ini juga, En. Muhammad Faizal telah menerangkan tentang prosedur

pendaftaran kumpulan di Sistem SPKIK dan Tuan Hj. Anuar berkongsi maklumat tambahan

berkenaan dengan pertandingan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di dalam

penyediaan dokumen.


Semoga taklimat ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang proses pertandingan

dan menyuntik semangat membara kepada kumpulan-kumpulan yang akan bertanding.

Ayuh!!