Tema 

Mini Konvensyen Inovasi & Kreativiti 2021, PPII

Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) melalui Jawatankuasa KIK telah  untuk mengambil inisiatif dengan menganjurkan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat PPII yang buat julung kalinya dianjurkan secara norma baharu dengan tema 

"Kreatif & Inovatif Pemacu Kecemerlangan PPII"

Didalam Mini Konvensyen yang akan dianjurkan ini setiap Bahagian dan Jabatan dibawah PPII telah diberikan mandat untuk menyertainya dan projek yang akan dicadangkan adalah berdasarkan cara untuk menyelesaikan masalah yang wujud di setiap Bahagian atau Jabatan terbabit.

Pemilihan tema ini sememangnya bersesuaian dengan hasrat pengurusan tertinggi dan juga Jawatankuasa KIK PPII bagi menjadikan pemikiran secara Kreatif dan Inovatif ini dijadikan budaya di dalam kerja seharian dan bukan hanya sewaktu menyertai mana-mana Konvensyen KIK sahaja dan sesudah itu ia akan terus lenyap bersama-sama dengan projek yang telah dibuat.

Pembudayaan pemikiran Kreatif dan Inovatif ini memerlukan kepada budaya organisasi yang bertitik tolak dari kefahaman penghayatan ilmu yang segar. Maka adalah menjadi kewajipan kepada Pengurusan Tertinggi PPII untuk melaksanakan penghayatan ilmu dalam kalangan warganya untuk meningkatkan serta mengembangkan budaya inovasi tersebut. Ini bermakna setiap warga kerja PPII mesti sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam menjayakan pemikiran Kreatif dan Inovatif. Ini Secara tidak langsung PPII akan menjadi lebih cekap, hebat dan efisien jika semua warga kerjanya mempunyai kemahiran sebagai nilai tambah seterusnya menjadi pemangkin kepada perubahan organisasi.

Selain itu, dalam membudayakan Kreatif dan Inovatif ini, ukuran seperti budaya bekerja berpasukan dan melaksanakan mekanisme syura atau musyawarah adalah dilihat sebagai aspek penting dalam membantu organisasi cemerlang. Seharusnya medan bermesyuarat ini dapat mencungkil banyak idea baru dalam kalangan pekerjanya. Bukan itu sahaja, melalui perbincangan ini juga maka beberapa perkara baru juga dapat diterjemahkan dan diselesaikan dengan cepat dan mudah dalam organisasi.

Kesimpulannya, pembudayaan pemikiran Kreatif dan Inovatif dalam organisasi adalah penentu utama bagi mewujudkan pembaharuan kaedah kerja yang inovatif, kreatif dan cekap untuk terus bergerak maju kehadapan di samping melonjakkan PPII ke peringkat lebih tinggi sering dengan fungsinya sebagai nadi didalam aktiviti Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan di UiTM.